profile affiliates free page entries follow
Perjalanan Bisnes Cik Amna


Amna mula business jadi Dropship sahaja. Niat nak jual barang jual online..tapi amna jadi Dropship tak mampu dan tak reti serta tak boleh nak dapat sales.
Sepanjang amna jadi Dropship walaupun takde sales, rupa-rupanya baru amna sedar amna masa tu dapat tambah ilmu.. Amna join FamilyAADC jual Niqab Ana Aufiah, tapi macam amna bagitahu tadi...sedih tau amna takde sale.
Amna bengang takde sales, ada je orang tanya-tanya amna berapa harga niqab dan nak beli. Amna fikir amna kena ada stock, tapi.. Amna tak ada modal. Alahai sangat.
Tapi amna cuba juga fikir something yang boleh jual dan murah. Modal pertama business amna RM30 amna beli borong stokin comel-comel pastu amna jual kat kawan-kawan satu stokin tu RM5. Hehe untung tinggi dan kawan-kawan suka sangat. Tapi, amna ada masalah lagi...
Eh, nak tahu ke apa masalah amna tu?
bersambung...

16 November 2017 | 15:18

Part 2.
Bila dah ada duit lepas amna jual stokin kat kawan-kawan tu, amna cari handsock pulak sebab ada ramai orang tanya "amna handsock ada tak?"
So, amna cari supplier handsock...
Fuhh best laju je jual hehe dengan bantuan kawan-kawan jugak mempromotekan handsock ku di sekolah 😝
Tapi, masalah seterusnya...
Amna takde ILMU, ilmu uruskan wang..amna tak tahu macam mana nak urus duit haha sebab apa yang amna tahu, dapat untung je terus masuk purse sendiri buat belanja makan. Best la ada duit lebih boleh beli makanan macam-macam kan kihkih.
So masa tu takde la savings, hanya duit masuk, simpan utk modal ambil stock kat supplier dengan duit belanja makan #makanbanyak 😂
Satu hari...
Amna nampak posting tentang satu Organik Skincare ni. hehe kalau amna sebut mesti semua orang tahu produk apa kan. Amna macam wah best lah rasa nak jadi Agent dia lahhh.
Tapi tula macam amna cakap tadi, takde simpan duit. nak jadi Agent pun takde duit weyh haha 😭
Siapa nak tahu apa jadi seterusnya?

16 November 2017 | 16:35

Part 3.
Okay amna nak jadi agent produk organik tu tapi amna takde modal. Dan modal nak jadi Agent dia mahal dalam RM200+ huhu .
Dah jual handsock dan stokin tapi takde savings sebab takde ilmu kewangan!
Sedih tauu, lepas tu amna cerita lah kat kawan.. Weyh aku nak jadi agent produk tu tapi takde modal dalam RM200+ , bagitahu dia bukan sebab nak pinjam duit tau haha sekadar nak bagitahu kita sedih je. Hehe
Lepas tu kawan amna cakap, weyh aku tengok kat IG ada satu instagram tu jual skincare natural jugak. The Junni. Haa nanti aku tag ko.
Sejak drpd tulahh amna kenal TheJunni, thejunni ada nak cari Agent masa tu so amna cecepat lah ws lepastu tahu modal serendah RM150 jeeee engkorang!
Tapi ada masalah lagi haha tak habis-habis masalah kann. Baru lah teringat yang amna ni nak jadi agent takde duit. Sebab takde savings tadi kan. Alahaiiii sangat.
Nak tahu macam mana amna berjaya jadi agent thejunni juga? 😉
ada ke yang nak tahu?

17 November 2017 | 15:32

FUTURE
PAST